Saturday, November 5, 2011

PHENOMENA KEPALA AIR


Hari ini Pak Abu nak kongsikan video mengenai kepala air ,tambahan pula sekarang ni musim tengkujuh dan hampir cuti sekolah ,munkin ramai daripada anda bercadang nak bawa keluarga bercuti ,berkelah dan sebagai nya .Tapi waspada lah malang tidak berbau sedang kita leka berhibur bersama keluarga maut datang menjengah kita .

Tiga beradik hilang sekelip mata akibat fenomena ‘kepala air’ di Sungai Ulu Bendul dalam kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, dekat sini, menyebabkan mereka dihanyutkan air deras ketika sedang mandi manda bersama keluarga .
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Norshaza Alisa, 5; Norshaza Azira, 4; dan Norshaza Shakinah, 2, mandi bersama bapa mereka, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang rakan wanitanya yang dikenali sebagai Alwani Abu Hasan, 20-an .
Mereka dipercayai tidak sempat naik ke tebing apabila air sungai dari kawasan Gunung Angsi, tiba-tiba melimpah, lalu menghanyutkan tiga beradik bersama bapa dan rakan wanitanya. Saksi kejadian, Turiman Bostam, 40, yang menyertai program perkhemahan di situ memberitahu ternampak air sungai melimpah dengan deras dan terkejut apabila melihat beberapa orang terkapai-kapai di sungai itu. 

Bukan lah tujuan Pak Abu untuk menakut nakut kan anda .Nikmati lah keindahan alam semula jadi yang dicipta maha agung Allah Subhanawataala .....tapi waspada air yang tenang jangan disangka tiada bahaya .

Video tragedi ini diharap dapat menyedar kan anda semua betapa bahaya nya phenomena kepala air dan sama sama lah kita berkongsi dengan siapa sahaja agar tragedi serupa tidak berulang menimpa kita dan keluarga tersayang ,walau apa pun semua itu ketentuan ilahi  wallah wuallam .Alfatehah buat allahyarhamah adik , Norshaza Alisa , Norshaza Azira , dan Norshaza Shakinah

 




ntua

TRAGEDI KEPALA AIR DI ULU BENDUL




PENGERTIAN AIDIL ADHA


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari Raya Aidiladha dalam hadis
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun

Monday, October 31, 2011

KLCC HARI INI


 
Hari ini Pak Abu berkesempatan bersiar siar bersama keluarga sambil membeli belah di KLCC Menara berkembar yang teringgi didunia , memang KLCC ni menjadi satu tarikan untuk berbagai pelancong asing dari luar negeri...... oooop munkin lebih tepat pendatang asing ( PATI ) sehingga kan kita warga negara sendiri pun terasa asing .Gelagat dorang ni sungguh menjenggel kan bersama pasangan masing masing .Ada warga Indonesia, Bangladest, Myamar , Veatnam dan dan tentu la pak hitam yang berpeleseran disekitar taman ,ruang legar ,shop lot dan bertenggek di kaki kaki lima bangunan KLCC serta bangunan pejabat Menara Maxis yang bersebelahan .Tak kisah la tu , tapi yang sedih nya dorang ni lansung tak peduli ,bawa makanan dan sisa sisa nya dibuang merata rata bila ada kesempatan dan tiada pengawasan .


.
Menghisap rokok ditempat yang terlarang dan puntung nya akan di buang merata rata ......pak guard lak tak terkawal sebuk mengawas lalu lintas yang agak tak terkawal ,mana tak nya kereta tak dibenar kan parker di kawasan KLCC tapi yang pelik nya kalau ada pemandu yang menunggu dibiar kan saja ,ni la sebenar nya punca kesesakan tu ,apa pengurusan KLCC tak nampak ke masalah ni atau depa ni sekarang sedang berehat bersama keluarga di Hotel hotel mewah ,chalet dan sebagai nya dan melepas kan tugas ni pada pak guard tanpa pengawasan yang dah tak kosa melarang .Memang la hari hari cuti ni hari kita bersama keluarga ,tapi beri la tugas tu kepada pengawai anda yang boleh di percayai ,lagi pong PM kita hari Ahad pong keje apa....
Tengok lak kat Jalan Ampang berdepan Menara KLCC tu ,Texi beratur menunggu pelangan yang mana boleh sembelih sembeleh ,ada pak abu dengar perbincangan mereka dengan mat saleh ni dari KLCC nak ke Hard Rock Cafe Jalan Sultan Ismail depa charege USD100 percaya ke ? dan bas bas berhenti henti ,bas persiaran dan juga kereta persindirian yang parker ,mana nya yang menguat kuasa kan undang ni yang berhormat datuk datuk ,tan sri tan sri anda penggubal undang undang ,setiap undang undang yang dilulus kan tu ada pantau ke ,atau nak bermegah je idea anda diterima pakai........banyak lagi yang pak abu nak share ngan korang ni , tapi masa tak izin kan ....kesimpulan nya kat negara kita ni memang banyak emas cuma warga asing je yang nampak kalau tak tak depa sanggup datang beribu batu tinggal anak bini merantau ditempat orang kan....orang kita lebih selesa makan gaji .

Artikal lain yang munkin anda minati
Mengenai Global Domains International
Teknik Asas Pemasaran Affiliate
Kelebihan Tahu Membina Websites

Online Job



$0 invest - earn up to $80.00 daily. Weekly payment via Paypal.
NewWebLab.com