Saturday, November 5, 2011

PHENOMENA KEPALA AIR


Hari ini Pak Abu nak kongsikan video mengenai kepala air ,tambahan pula sekarang ni musim tengkujuh dan hampir cuti sekolah ,munkin ramai daripada anda bercadang nak bawa keluarga bercuti ,berkelah dan sebagai nya .Tapi waspada lah malang tidak berbau sedang kita leka berhibur bersama keluarga maut datang menjengah kita .

Tiga beradik hilang sekelip mata akibat fenomena ‘kepala air’ di Sungai Ulu Bendul dalam kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, dekat sini, menyebabkan mereka dihanyutkan air deras ketika sedang mandi manda bersama keluarga .
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Norshaza Alisa, 5; Norshaza Azira, 4; dan Norshaza Shakinah, 2, mandi bersama bapa mereka, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang rakan wanitanya yang dikenali sebagai Alwani Abu Hasan, 20-an .
Mereka dipercayai tidak sempat naik ke tebing apabila air sungai dari kawasan Gunung Angsi, tiba-tiba melimpah, lalu menghanyutkan tiga beradik bersama bapa dan rakan wanitanya. Saksi kejadian, Turiman Bostam, 40, yang menyertai program perkhemahan di situ memberitahu ternampak air sungai melimpah dengan deras dan terkejut apabila melihat beberapa orang terkapai-kapai di sungai itu. 

Bukan lah tujuan Pak Abu untuk menakut nakut kan anda .Nikmati lah keindahan alam semula jadi yang dicipta maha agung Allah Subhanawataala .....tapi waspada air yang tenang jangan disangka tiada bahaya .

Video tragedi ini diharap dapat menyedar kan anda semua betapa bahaya nya phenomena kepala air dan sama sama lah kita berkongsi dengan siapa sahaja agar tragedi serupa tidak berulang menimpa kita dan keluarga tersayang ,walau apa pun semua itu ketentuan ilahi  wallah wuallam .Alfatehah buat allahyarhamah adik , Norshaza Alisa , Norshaza Azira , dan Norshaza Shakinah

 




ntua

TRAGEDI KEPALA AIR DI ULU BENDUL




No comments:

Post a Comment