Friday, October 21, 2011

Teknik Asas Pemasaran Affiliate

Program Affiliate 
  1. Program affiliate adalah merupakan satu program yang boleh menjana duit yang lumayan jika kena gaya dan caranya. Maksud saya, jika anda menyertai program affiliate yang betul dan syarikatnya adalah telus dan jujur, mungkin anda akan menjadikan program ini sebagai satu kerjaya tetap anda.
  2. Dengan hanya bermodalkan sebuah komputer, laman web sendiri (blog atau web percuma pun boleh) dan sambungan ke internet anda boleh menjual produk atau perkhidmatan yang dimiliki orang lain.
  3. Apabila berjaya membuat jualan melalui program ini anda akan dibayar komisyen.
  4. Kerja anda hanyalah mengiklankan produk atau perkhidmatan program yang anda sertai. Itu sahaja, perkara lain anda tak perlu ambil peduli sebab dalam program affiliate semuanya dikendalikan oleh pemilik perkhidmatan atau produk tersebut.
  5. Mudah tapi menguntungkan.
    Walau bagaimanapun program inipun sama dengan program Paid To Surf atau program Paid To Read Email. Ada yang betul dan ada juga yang tipu. Tak mau kena tipu. Senang je, pilih program yang dah terkenal dan boleh dipercayai.
    Jika program itu memerlukan anda membuat sedikit duit sebagai bayaran pendahuluan, tinggalkan saja. confirm nak menipu lah tu.

Pemasaran Affiliate

Apa itu pemasaran affiliate? Secara ringkasnya, pemasaran affiliate ialah proses promosi atau pemasaran yang dilakukan oleh ejen affiliate yang telah mendaftar di laman web produk yang dipromosikan. Apa yang dilakukan oleh affiliate ialah berusaha mempromosikan link affiliate yang mengandungi identiti (id) unik mereka dan jika prospek yang klik link affiliate ini membeli produk yang dipromosikan, ejen akan dapat komisen.
Ramai yang tidak tahu bagaimana sebenarnya menjana wang melalui pemasaran affiliate (affiliate marketing). Apa yang biasanya diketahui oleh kebanyakan newbie ialah daftar sebagai affiliate dan promosikan link tersebut.Tapi
bagaimana mempromosi menjadi satu pertanyaan besar. Teknik pemasaran affiliate bukanlah satu rahsia tetapi perlukan usaha untuk mempelajarinya.



Kebanyakan “otai” yang pakar dalam pemasaran affiliate mengutamakan traffik yang datang daripada senarai email mereka di autoresponder. Ini disebabkan pemasaran affiliate melalui email lebih efektif dan lebih mudah untuk menghasilkan jualan produk. Walaubagaimanapun saya tidak akan sentuh lebih lanjut bagaimana melakukan pemasaran affiliate melalui email kerana pemasaran melalui email adalah satu topik yang agak besar untuk dibincangkan.

Teknik Asas Pemasaran Affiliate Untuk Newbie
Sebenarnya teknik asas pemasaran affiliate bukan untuk newbie sahaja tetapi mereka yang pakar dalam pemasaran affiliate pun menggunakan teknik ini. Apa yang perlu dilakukan ialah secara langkah demi langkah seperti di bawah. 

Langkah 1: Sebelum melakukan sebarang promosi, lindungi link affiliate terlebih dahulu. Ada banyak perisian Link Cloaker yang boleh digunakan tetapi saya cadangkan guna URL Shortener seperti Bit.ly atau Tinyurl.com pun sudah memadai. Link affiliate yang dilindungi atau dipendekkan telah terbukti mendapat lebih banyak klik berbanding link yang mendedahkan id affiliate.

Langkah 2: Promosi dengan AGRESIF. Agresif di sini bermaksud bersungguh-sungguh dan tentukan target jumlah klik yang anda inginkan. Di dalam ruangan ahli di sistem affiliate ada menunjukkan statistik klik bagi link affiliate. Perhatikan jumlah klik yang diterima dan jika masih sikit, cuba gandakan usaha promosi.

Langkah 3: Variasikan Teknik Pemasaran Affiliate. Ada banyak teknik pemasaran affiliate yang boleh digunakan (rujuk senarai di bawah). Gunakan setiap satu teknik pemasaran yang anda tahu untuk promosikan link affiliate anda.
Beberapa Cara Pemasaran Affiliate Yang Dicadangkan


  • Forum - Biasanya buka thread baru di bahagian Pengiklanan (jika ada) di forum. Jika tiada bahagian pengiklanan, gunakan pengiklanan banner dan letakkan link affiliate di signatureanda.
  • Blog - Jika anda memiliki blog, tulis artikel mengenai produk yang anda promosikan. Biasanya “product review” lebih membantu dalam menghasilkan jualan. Banner juga membantu. Jika tiada blog, iklankan saja banner di blog orang lain.
  • Email Signature - Letakkan link affiliate di signature email. Setiap kali anda jawab email rakan anda, link tersebut akan terpapar dan siapa tahu rakan anda akan klik dan beli produk tersebut . 
  • Facebook - Siapa tak kenal Facebook? Tempat ni memang paling popular ketika ini dan anda boleh jana trafik yang besar jika tahu caranya. Tapi berhati-hati sebab laman sosial bukan tempat untuk pemasaran affiliate secara “direct”. Ia lebih kepada teknik “soft selling”. Ini bermakna, anda kenalah gunakan cara yang lebih ‘sosial’ untuk melakukan pemasaran affiliate. Contoh, perkenalkan produk yang anda promosikan dengan cara yang lebih sopan dan berbentuk perkongsian. Bukan promosi melulu.
  • Twitter - Tempat ni pun paling popular sekarang ni. Cara untuk buat pemasaran affiliate di sini juga menggunakan kaedah “soft-selling” sepertimana Facebook.
  • Gmail Buzz – Kebanyakan pengguna internet menggunakan Gmail untuk email. Konsep Gmail Buzz lebih kurang sama seperti Twitter di mana anda boleh jadi “follower” atau di “follow” oleh rakan-rakan. Jadi jika anda memiliki Gmail, aktifkan Buzz, bina “follower” dan promosikan link affiliate di sini.

Enam teknik pemasaran affiliate di atas adalah mudah dilakukan. Anda boleh dapat jualan dengan hanya mempromosikan ke tempat-tempat yang dicadangkan di atas. Tapi ada beberapa lagi teknik pemasaran affiliate yang dapat hasilkan lebih banyak jualan affiliate iaitu Pemasaran Email dan Teknik SEO (Search Engine Optimization). Walau bagaimanapun saya akan sentuh dua teknik ini di artikel yang akan datang kerana teknik pemasaran affiliate ini ialah topik yang besar.

Diharap artikel ini membantu anda mendapat idea bagaimana melakukan pemasaran affiliate sebagai tahap permulaan. Cuba dahulu dan jika berjaya, gunakan teknik pemasaran affiliate yang berkesan berulang-ulang kali dalam setiap kempen pemasaran affiliate anda.

Selamat berjaya dan jumpa lagi…



My Great Web page