Salah satu ciri yang penting dan amat berkesan dalam membantu sesebuah laman web jualan yang berjaya ialah sistem Autoreponder nya. Ianya menjadikan seolah-olah perniagaan anda seperti sebuah perniagaan yang besar, yang mempunyai sekumpulan pekerja yang sentiasa bersiap siaga untuk melayani sebarang keperluan pelanggan anda.
Sistem Autoresponder juga membolehkan perniagaan anda beroperasi selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu, walau pun ketika anda sedang tidur atau pun sedang pergi bercuti. Bayangkanlah betapa hebat dan canggihnya sesebuah perniagaan internet itu dengan bantuan Autoresponder.
Sedikit pengertian Autoresponder:
Autoresponder bermaksud reaksi atau balasan secara automatik melaui email yang merupakan salah satu tool dalam E-mail Marketing (pemasaran E-mail) kira macam cara kita promosikan web atau produk la. Dengan adanya autoresponder bebanan kerja kita akan berkurangan. Autoresponder sebagai setiausaha maya huhu..
Tak dinafikan penggunaan Autoresponder memang penting dalam dunia IM ni. Tanyalah mana2 sifu or otai2 IM. Keberkesanan Teknik Email Marketing ni sangat-sangat berbaloi. Namun begitu, masih ramai yang tak tahu. Sebagai contoh, anda pernah tak masukkan nama dan email dalam satu form (borang Opt-in) diberi E-mail balasan seperti Terima Kasih atau pun tahniah? kemudian anda akan diminta untuk lakukan pengesahan Email dan sebagainya.. Kadang-kadang anda akan diberi Email lagi pada hari berikutnya. Sebenarnya itulah tugas Autoresponder. Memberi respon dan penerangan kepada anda dalam bentuk email setelah anda “setkan” email-email follow-up. Perniagaan anda akan bergerak 24-jam sehari secara Autopilot. Disini saya tidak terangkan secara terperinci, anda boleh lihat dan belajar cara membina website dan penggunaan Autoresponder secara
Antara Kelebihan Autoresponder:
1. Menjumatkan masa promosi.
2. Secara tak langsung meningkat kreadibiliti diri anda .
3. Boleh meningkatkan hasil jualan anda.
4. Segala urusan follow up, memberi maklumat akan menjadi mudah.
5. Membolehkan anda menghantar email ke semua pelanggan anda hanya menekan 1 butang sahaja,
6. Tiada berlakukanya email spamming kerana senarai email yg diterima adalah sah. bukan dicuri atau dibeli.
7. Email yg dikirim kelihatan seperti email peribadi, memanggil nama pelanggan tanpa ter’miss’ atau terlupa..
8. Dan yang paling penting, anda boleh mengelakkan SPAM dan di saman.. hehe..
Sekali lagi sy ingatkan, bagi sesiap yang nak belajar cara pemasaran berkesan “email marketing” anda boleh dapatkan percuma
harap2 membantu ok.. Salam….~

